Penjelasan dan tindakan kerajaan Memorandum_Dong_Jiau_Zong_2011

  1. Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah memberi keutamaan bagi membina sekolah rendah kebangsaan dan menengah kebangsaan.Kerajaan tidak menyekat atau menghalang terhadap pembangunan SJKC dan SJKT bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pendidikan. 26 % daripada Belanjawan tahunan disalurkan kepada bidang pendidikan. Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) turt menekankan usaha meningkatkan pendidikan pra-sekolah dan lain-lain.[3]
  2. Kementerian menyalurkan bantuan RM1 juta kepada Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar.
  3. Pada 22 Oktober 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah meluluskan dua lagi tapak sekolah untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kajang Utama dan Sungai Long, dekat Kajang, Selangor. Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta setiap sekolah itu.
  4. Kerajaan meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan dua blok baru SJKC Sungai Chua di Kajang bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Beliau turut melawat sekolah tersebut. Turut serta ialah Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga Pengerusi MCA Selangor.[4]
  5. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong menjawab soalan Teo Nie Ching(DAP-Serdang) bahawa Selangor ada lapan bidang tanah tetapi dua sahaja sesuai diluluskan iaitu di SJKC Sg Long dan SJKC Kajang Utama.SJKC Bukit Serdang sedang diteliti. SJKC Kulai Dua, dana dari kerajaan bawah RMK-9 sudah siap. SJKC Yong Peng Dua, 98 peratus siap dan akan beroperasi awal tahun 2012.[5]
  6. Pada 15 September 2011, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Kerajaan telah membina 1,200 Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan 600 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil setakat ini. Pembangunan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.[6]

Berkaitan